Stadium Merdeka menjadi lokasi Perhimpunan KL112 |
KUALA
LUMPUR - Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menyarankan agar kerajaan
mewartakan satu tempat untuk mengadakan perhimpunan awam dalam usaha memastikan
ia berjalan secara aman.
Katanya,
perkara itu juga bakal mencerminkan tindakan kerajaan dalam mematuhi hak
kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan seperti yang termaktub dalam
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga
berkata, Akta Perhimpunan Aman perlu dikaji semula bagi memasukkan pindaan yang
dicadang oleh Majlis Peguam.
Bercakap kepada
Bernama, beliau berkata pindaan itu akan menjadikan undang-undang tersebut
lebih progresif.
Bagaimanapun,
katanya, kerajaan masih perlu mewarta mana-mana tempat sebagai venue untuk
mengadakan perhimpunan awam.
"Tempat
itu ialah di mana perhimpunan boleh diadakan tanpa sebarang keperluan untuk
pemberitahuan awal, atau mendapat keizinan pemilik atau penghuninya,"
katanya.
Sementara
itu, dalam pembentangan bertajuk 'National Harmony: To Be Nurtured By
Leadership and Not Compelled By Legislation' pada Persidangan Transformasi
Perundangan
Berhubung Dengan Keselamatan dan Hak Asasi hari ini, Chee Wee berkata, dalam
kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia, kerajaan telah mengiktiraf keperluan
memperkukuh perpaduan nasional.
"Bagi
mencapai objektif ini, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan undang-undang
tidak popular seperti Akta Hasutan, yang pada mulanya diganti dengan Akta
Perhubungan Kaum dan kini oleh Akta Keharmonian Nasional.
"Hari
ini dan esok menyediakan peluang lebih baik untuk menggambarkan cara melindungi
serta menggalakkan perhubungan antara kaum yang seimbang berbanding kebebasan
bersuara," katanya.
Beliau juga
berkata hubungan antara kaum bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh
ditangani dengan sekadar menggubal undang-undang. – Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment