Majlis
Syura Pas malam tadi memutuskan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh
bukan Islam berikutan kemarahan masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan
Islam terhadap pendirian asal Nik Aziz dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang yang menyokong saranan DAP itu.
"ALLAH
ini adalah nama bagi Tuhan. Kita (Islam) namakannya (ALLAH). Jadi kalau ada
orang lain, agama lain yang tidak mempunyai tuhan yang satu tiba-tiba mahu
menggunakan nama ALLAH, itu tidak betul.
"ALLAH
itu adalah tuhan yang Satu. Yang Maha Berkuasa. Kalau agama lain yang
(mempunyai) tuhannya tidak satu atau lebih, itu mengarut. Kalau nak guna boleh,
tapi salahlah (maksud sebenar)," katanya kepada pemberita sewaktu pulang
dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di
sini, hari ini.
Beliau
memberi contoh penganut Kristian percaya kepada Trinity yang sama sekali tidak
boleh menggunakan kalimah Allah kerana tidak menepati maksud sebenar.
Majlis
Syura Pas telah memutuskan kalimah ALLAH adalah kalimah khusus yang ALLAH
menamakan diri-Nya ALLAH dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada
mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.
Selain itu
majlis itu juga memutuskan mana-mana kalimah asing tidak boleh diterjemahkan
kepada kalimah ALLAH.
Sebelum ini
Pas, DAP dan PKR membuat ketetapan bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh
penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan. – Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment