CYBERJAYA -
Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium
Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab
dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak
boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
"Jadi mereka
berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara
ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan
yang dipilih rakyat.
"Apa
yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau
demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar
(Taharin).
Jadi
seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi,"
katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan
Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay hari ini.
Shamsidar
ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan
menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk
S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.
Dr Mahathir
berkata perhimpunan anjuran parti pembangkang itu mewujudkan keadaan serba
salah kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam.
"Bila
pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil
sebarang tindakan juga tetap diperkatakan," katanya. – Bernama /Sinar Harian
No comments:
Post a Comment