SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.
Setiausahanya,
Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana
Nasharudin didapati melanggar
peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
“Keputusan
mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan
oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara
sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa
peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya
saya tidak mahu ulas… maaf ya.
“Surat
mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan
selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Ketika
ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas
keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli
Parlimen Bachok itu.
“Beliau
juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.
“Dengan
keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan
perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan
diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.
Sementara
itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke
Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan
peribadi Nasharudin.
“Itu
terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."
Pada
September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan
membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Bagaimanapun
mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan
Nasharudin.
Seperti
diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau
'selamat' daripada sebarang tindakan berat.
Ketika itu,
Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan
beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan
Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu
hudud. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment