SHAH ALAM – Kerajaan harus menetapkan
peraturan khusus bagi menghalang penggunaan kalimah ALLAH digunakan agama lain
jika mahu isu tersebut diselesaikan secara baik kata bekas Mufti Perlis, Prof
Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau bagaimanapun bersetuju dengan
kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Kristian boleh
menggunakan kalimah ALLAH dengan bersyarat.
Menurutnya, isu tersebut hanya timbul
di negara kita, sedangkan di negara-negara Arab terutamanya masyarakat Kristian
menggunakan kalimah itu sejak dari dulu lagi.
“Itu adalah bahasa mereka. Malah
sarjana Islam dunia yakin bahawa orang Kristian boleh menggunakannya.
Sebenarnya, kes ini istimewa dan tersendiri.
"Tiada negara di dunia ini
mempertikaikan perkara tersebut tetapi, setelah lima tahun berlalu ia timbul
kembali menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Menurutnya, penduduk Kristian Sabah
dan Sarawak turut menggunakan kalimah ALLAH tetapi tidak diuar-uarkan kepada
umum.
Tegas beliau, penggunaan kalimah
ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar
menjadi Tuhan.
“Kenapa perlu menukar God kepada
ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan,” katanya. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment