KUALA
LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam
konteks kepimpinan politik negara termasuk dilantik sebagai Perdana Menteri
berikutan masalah moralnya yang tidak berkesudahan.
Presiden
Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, dalam soal agama
juga Anwar tidak mampu menghujah balas kritikan-kritikan yang dilemparkan
terhadapnya terutama berhubung isu pluralisme dan liberalisme.
"Rakyat
sebenarnya sudah muak dengan apa yang berlaku dan tidak mampu lagi menanggung
aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan.
"Apa
yang berlaku kepada Anwar akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini
yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini.
Beliau
mengulas ketiadaan kata sepakat dan ketetapan bagi melantik Anwar sebagai
Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13) nanti.
Dalam pada
itu, Hasan berkata, petunjuk kepada penolakan kepimpinan Anwar menjadi semakin
menyeluruh berdasarkan kepada ulasan, pandangan, pemerhatian dan kajian yang
dilakukan para intelektual.
Beliau
berkata, penemuan itu berjaya meyakinkan rakyat bahawa tidak ada gunanya
mana-mana pihak termasuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membazirkan masa
memberikan pelbagai alasan untuk terus menjadikan Anwar sebagai Perdana
Menteri.
Mengenai
Pas pula, beliau berkata, parti itu kini kelihatan seolah-olah baru sedar
daripada lamunan iaitu majoriti orang Melayu yang bakal menjadi pengundi mereka
telah menolak Anwar.
"Seingat
saya, sewaktu masih di dalam Pas, saya adalah di antara pimpinan Pas yang
daripada awal-awal lagi mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia mesti
datang daripada jalur kepimpinan Pas.
"Bahkan
saya telah menamakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon
yang paling layak jika dibandingkan dengan Anwar,'' katanya lagi.
Sementara
itu, Hasan mahu rakyat bangkit menolak pakatan pembangkang kerana jelas terbukti
gabungan tiga parti pembangkang itu tidak boleh bersatu.
"Bukti
pakatan pembangkang tidak boleh bersatu adalah begitu terang dan jelas terutama
isu siapa bakal menjadi Perdana Menteri.
"Rakyat
tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan mengizinkan pembangkang
menguasai Putrajaya kerana ia juga bererti kita reda melihat anak bangsa
menerima bahana daripada ketidakprihatinan kita itu,'' ujarnya. –UtusanOnline
No comments:
Post a Comment