PETALING
JAYA: Pakatan Rakyat akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 3 hingga 5 Mac ini di Bangunan Parlimen.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tujuan penganjuran persidangan
tersebut adalah bagi membincangkan soal integriti proses pilihan raya seperti
dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Reformasi Pilihan
Raya dan Misi Pencarian Fakta Antarabangsa mengenai pilihan raya di Malaysia.
"Yang
Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang akan merasmikan pembukaan
persidangan. Mereka yang dijangka hadir ialah, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.
Kamalanathan pula akan bertindak selaku ahli panel.
"Kita
juga sedang mendapatkan pengesahan kehadiran daripada Setiausaha Suruhanjaya
Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Ketua Pengarah Penyiaran
Malaysia, Datuk Norhayati Ismail dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed,” katanya.
Beliau
turut mengesahkan bahawa beberapa panelis antarabangsa akan turut hadir pada
persidangan berkenaan antaranya ialah Hakim Marlon Reis (Brazil), Prof Dr
Gothom Arya (Thailand), Dr Mohamed Nasir Tamara (Indonesia), Damaso G. Magbual
(Filipina), Mobashar Jawed Akbar (India) dan Prof Dr Clinton Fernandes
(Australia).
Ditanya
sama persidangan akan terganggu sekiranya Parlimen dibubarkan lebih awal, Anwar
yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata ia tidak menjadi masalah kerana
tujuan persidangan diadakan adalah bagi mencari jalan penyelesaian dalam
pelaksanaan pilihan raya di negara ini. -mStar
No comments:
Post a Comment