KUALA
LUMPUR - Sebanyak 65 peratus rakyat
Selangor tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat
(PKR) negeri yang gagal menunaikan janji-janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-12
termasuk dalam isu rumah mampu milik.
Pensyarah
Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Prof. Madya Dr. Ismail Sualman berkata, kaji selidik pihaknya turut mendapati
ramai rakyat Selangor merasakan kerajaan pakatan pembangkang tidak membawa
sebarang perubahan sepanjang lima tahun mentadbir negeri itu.
Menurut
beliau, kajian bertajuk Kesan Sosioekonomi dan Politik Rakyat Selangor di Bawah
Pakatan Rakyat yang dijalankan antara 2011 hingga 2012 itu turut menunjukkan
rakyat masih menantikan elaun kepada ibu tunggal, kanak-kanak tadika dan
penuntut universiti serta air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto
pembangkang. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment