KUALA
LUMPUR - Laman portal berita Free Malaysia Today hari ini melaporkan kenyataan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyamakan pemberian Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti zaman Firaun.
Abdul Hadi
ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Keempat di Pusat Konvensyen
Shah Alam (SACC) di sini hari ini menyatakan, bantuan itu telah menyebabkan
rakyat menjadi pengemis.
Dua hari lalu,
Abdul Hadi dalam ucapannya pada Karnival Tahun Baharu Cina di Jalan Putra, Alor
Setar, Kedah menyifatkan BR1M sebagai satu tindakan untuk membodohkan rakyat.
Sebelum
itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kritikan hebat
daripada pelbagai pihak apabila beliau menyamakan kira-kira empat juta rakyat
pemberian BR1M sebagai 'memberi hampas kelapa, padi dan kelapa kepada ayam dan
lembu'. - Utusan Online
Laporan
penuh boleh dibaca dengan klik link ini:
No comments:
Post a Comment