PAGOH - Tan
Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang mengeluarkan 'fatwa' pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah
haram.
Timbalan
Perdana Menteri turut mencabar pemimpin Pas tersebut supaya membuat satu lagi
'fatwa' bahawa menerima BR1M juga adalah haram dan menyuruh penerima termasuk
dalam kalangan ahli Pas memulangkannya semula.
"Apa
yang saya tahu, saya ada sedikit ilmu agama, ia (BR1M) tidak menyalahi hukum
atau bertentangan dengan akidah, syariat, bercanggah dengan agama atau
sebagainya," katanya.
Beliau
mengulas kenyataan terbaharu Abdul Hadi yang menyamakan pemberian BR1M seperti
zaman Firaun yang menggalakkan rakyatnya bergantung kepada kerajaan dan
membuatkan rakyat hidup seperti pengemis.
Timbalan
Perdana Menteri turut hairan dengan tindakan Abdul Hadi dan Mursyidul Am Pas,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kerap mengeluarkan kenyataan atau 'fatwa'
yang amat memesongkan sedangkan mereka mendakwa memperjuangkan agama Islam.
Beliau
berkata, pemberian BR1M bukan satu amalan bertentangan dengan ajaran Islam dan
ramai tokoh agama tidak terpengaruh dengan kenyataan itu kerana berfikiran
rasional bersandarkan hukum dan syariat.
Menurutnya,
bantuan tersebut adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan
sederhana serta pemberian seperti itu dipraktikkan di beberapa negara maju bagi
meringankan beban terutama kos hidup.
Katanya,
kenyataan Menteri Besar Kelantan yang menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan
dibuat kerana beliau merasa kedudukan pembangkang tercabar dengan bantuan itu.
"Itulah
sebabnya mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya
dikeluarkan oleh seorang tok guru. Itu bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Saya hairan kenapa kenyataan itu dibuat," katanya.
Muhyiddin
yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, walaupun tokoh agama Pas itu menyatakan
kata-kata tersebut sebagai satu kiasan, tetapi adalah tidak wajar disamakan
dengan haiwan, sekali gus akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan prasangka
tidak baik.
Beliau
berkata, pemimpin Pas itu melihat perkara tersebut dari sudut politik kepartian
berbanding kebajikan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk
membela nasib rakyat.-Utusan Online
No comments:
Post a Comment