SHAH ALAM -
Pakatan pembangkang yang melancarkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
hari ini sekali lagi menawarkan pelbagai janji untuk rakyat, namun belum
menjamin pelaksanaannya secara berkesan.
Keadaan itu
dapat dilihat daripada janji-janji terdahulu yang gagal dilaksanakan sepanjang
tempoh lima tahun pakatan pembangkang memerintah di Pulau Pinang, Kedah,
Kelantan dan Selangor.
Menggelarkannya
sebagai manifesto rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat, ketiga-tiga parti
pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menggariskan empat tonggak
- Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Di bawah
tonggak Kesejahteraan Rakyat, pakatan pembangkang berjanji menurunkan harga
minyak selain menawarkan caj elektrik dan bekalan air lebih rendah, menurunkan
harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat dalam tempoh
lima tahun dan mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment