SHAH ALAM - Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas masih belum mempunyai kata sepakat dan ketetapan bagi melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan parti politik tersebut berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Meskipun
dengan semangat berkobar-kobar menyatakan mereka sudah bersedia untuk
melangkahkan kaki ke Putrajaya dengan manifesto bertema 'Pakatan Harapan
Rakyat' dilancarkan hari ini, Anwar sendiri tidak berani untuk menegaskan
beliau telah disepakati oleh sekutunya untuk diangkat menjadi Perdana Menteri.
Anwar hari
ini enggan memberikan sebarang komen berhubung kedudukannya sebagai calon
Perdana Menteri sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Umum
PKR itu menjawab secara ringkas bahawa beliau tidak membangkitkan isu sebagai
calon jawatan Perdana Menteri dalam kerajaan yang bakal ditadbir oleh pakatan
pembangkang nanti.
''You
(wartawan) ada cadangan lain ke (calon Perdana Menteri pakatan pembangkang)?
Saya tak bangkit isu ini, tidak ada masalah apa pun... orang rumour (khabar
angin) memang patut ada usul (mengenai calon Perdana Menteri).
''Namun,
usul kita hari ini ialah konvensyen pakatan hanya untuk manifesto,"
katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di
Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.
Pada 12
Februari lalu, media melaporkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sekali
lagi menegaskan Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang
berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Penegasan
itu dibuat oleh Karpal susulan wujudnya dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama Pas
menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan selain menganggapnya sebagai
satu spekulasi.
Bagaimanapun,
pada Muktamar Pas pada November tahun lalu, seorang perwakilan daripada Dewan
Ulama Pas, Hairun Nizam mencadangkan agar jawatan Perdana Menteri bagi pakatan
pembangkang diwakili oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut
Hairun, ahli Pas tidak sepatutnya melobi pemimpin luar daripada Pas untuk
mengisi jawatan tersebut selain menganggap Abdul Hadi merupakan calon yang
sesuai. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment