PETALING
JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil alih tugas
sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) Selangor dalam usaha untuk
menawan kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan
datang.
Setiausaha
BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat semasa
mesyuarat pada Sabtu malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi merangka
strategi untuk menawan semula Selangor, yang dipengerusikan oleh Perdana
Menteri sendiri.
"Barisan
kepimpinan negeri mengalu-alukan dan menerima keputusan itu kerana ia adalah
sebahagian daripada strategi untuk memenangi semula negeri pakatan.
"Beberapa
perkara penting dibincangkan semasa mesyuarat itu termasuk pelantikan Perdana
Menteri sebagai pengarah pilihan raya negeri manakala Datuk Seri Mohd Zin
Mohamed telah dipilih untuk menjadi timbalannya," katanya dalam satu
kenyataan pada Ahad.
Selain itu
Mohamed Idris berkata bahawa BN optimis untuk memenangi lebih banyak kerusi dan
mengambil kembali Selangor pada pilihan raya umum nanti.
"Persediaan
kami adalah pada tahap yang paling optimum dan kami sudah bersedia untuk
menggunakan jentera kami pada bila-bila masa semasa tempoh berkempen,"
katanya.
Beliau juga
menyatakan bahawa simulasi pilihan raya khas untuk jentera akan dijalankan
untuk menguji kesediaan pegawai mereka semasa pilihanraya.
"Simulasi
akan melibatkan semua pihak yang terlibat sebagai jentera pilihan raya kami dan
mereka akan menjadi tulang belakang di sebalik strategi untuk menyebarkan dasar
kami dan kempen di peringkat akar umbi," katanya.- mStar
No comments:
Post a Comment