Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh
Nik Aziz itu tidak konsisten kerana di Selangor, pembangkang turut menjanjikan
beberapa perkara kepada rakyat yang melibatkan soal kewangan.
"Apa
beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu
tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma...itu kan pemberian kewangan
juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat
dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.
"Itu pendirian tidak konsisten kalau itu
(BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan...kenapa dia tak kata
apa-apa bila pakatan janji...janji itu pula tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis
Tertinggi komponen parti BN negeri di sini, hari ini, lapor Bernama.
Beliau
berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyamakan usaha murni
kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas
kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
Mengulas
lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama
dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat
lebih fokus kepada kumpulan sasaran.
"Setiap
tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam
bentuk subsidi secara tidak langsung ...orang tak layak seperti orang kaya pun
terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di
luar sempadan dan sebagainya.
"Jadi
kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus
ini termasuk BR1M dimana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut
tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan,"
katanya.
Beliau
berkata, kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut
akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.
"Bantuan
kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai
serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan
cara untuk belanjakan duit itu.
"Jadi
ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura
dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun
ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat," katanya.
No comments:
Post a Comment