LUMUT:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia berdepan pelbagai kemungkinan termasuk
kekecohan atau proses perjalanan pilihan raya terganggu di pusat penamaan calon
dan pengundian pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Timbalan
Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, cabaran mengurus pilihan raya
kali ini berbeza kerana banyak perkara baharu akan dilaksanakan tambahan pula
pilihan raya umum ini dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya', 'pilihan raya
paling panas' dan 'pilihan raya paling sengit'.
"Banyak
perkara baharu yang diperkenalkan akan dilaksanakan SPR pada pilihan raya kali
ini yang merupakan 'pilot project' seperti pengunaan dakwat kekal,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Taklimat Ulangan
kepada Pengawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus bagi negeri Perak di
Segari di sini, Ahad.
Beliau
berkata kekecohan atau proses pengundian boleh terganggu berhubung penggunaan
dakwat kekal sekiranya pemilih tidak mematuhi peraturan atau undang-undang
pilihan raya.
Ada
beberapa keadaan yang menyebabkan pemilih tidak akan diberi kertas undi
antaranya tidak mahu menunjukkan jari untuk diperiksa, tidak membenarkan jari
dicalit (dengan dakwat kekal) dan jari telah dicalit dengan dakwat kekal,
katanya.
Wan Ahmad
berkata elemen penggunaan dakwat kekal adalah wajib dan merupakan antara
perkara penting yang perlu difahami semua parti politik dan rakyat.
Beliau
berkata sesiapa yang mengganggu kelancaran proses pilihan raya atau mencetuskan
kekecohan serta menghalang proses itu di tempat pengundiaan boleh dikenakan
tindakan mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya
1981) iaitu didenda RM1,000 dan dipenjara.
"Jangan
dengar ajaran songsang yang berfikiran mahu melakukan sesuatu yang boleh
mengganggu gugat keadaan di tempat pengundian. Hak kita sebagai pengundi mesti
dilaksanakan dengan masuk ke tempat mengundi, mengundi dan lepas itu keluar
dari situ. Matlamat SPR adalah untuk mewujudkan proses pengundian yang lancar dan
aman," katanya.
Beliau
berkata banyak penambahbaikan yang dilakukan SPR dalam usaha mewujudkan pilihan
raya bersih, lancar dan aman antaranya penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen
lebih 11 hari serta pelantikan pemerhati bebas pilihan raya yang mempunyai
akses ke tempat pengundian dan memantau aktiviti kempen.
Selain itu,
Wan Ahmad berkata berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan dua hari lepas,
Perak mempunyai 1,397,279 pemilih dengan 778 pusat pengundian termasuk pusat
pengundian awal serta 2,667 saluran mengundi. - BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment