PRESTASI SOKONGAN RAKYAT P.PINANG TERHADAP BN SEMAKIN
BAIK - SOI LEK
GEORGE
TOWN: Sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik
berikutan kesedaran yang tinggi bahawa kerajaan DAP selama ini cuba
mengelirukan mereka dengan mempromosi kebaikan diri sendiri.
Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, sebuah negeri yang kecil seperti Pulau
Pinang memerlukan perancangan teliti untuk memelihara kelestariannya di samping
terus mengutamakan kebajikan rakyat.
"Pendapatan
Pulau Pinang adalah kecil kerana tidak mempunyai balak dan kuari. Mereka
terpaksa menjual tanah untuk menambah pendapatan tetapi tanah pula terhad dan
ia diterjemahkan dengan harga rumah yang lebih tinggi.
"Oleh
kerana itu kerajaan DAP Pulau Pinang kini terpaksa bergantung kepada premium
tanah sebagai sumber pendapatan negeri menyebabkan pulau kini hanya untuk orang
kaya dan menjadi pulau botak kerana terpaksa dipotong untuk projek
pembangunan," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas melaksanakan upacara sembahyang di
kuil Kek Lok Si, Ayer Itam, di sini, Ahad, yang turut dihadiri timbalannya,
Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Dr Chua
berkata, terdapat kira-kira 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM7,000
sebulan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rumah mampu milik kerana tidak
banyak rumah di bawah harga RM400,000.
"Saya
percaya jika Ketua Menteri Lim Guan Eng diberi lima tahun lagi untuk memerintah
negeri ini, dia tidak mempunyai tanah lagi untuk dijual untuk menjadi sumber
pendapatan negeri.
"Dengan
memberi peluang kepada BN, Pulau Pinang akan kembali membangun kerana kita
mempunyai pelan induk untuk membangunkan pelancongan, peruncitan, perkhidmatan
kewangan dan mewujudkan pusat pemunggahan," katanya.
Dr Chua
turut menasihati pengundi di Selangor agar menolak kerajaan pakatan pembangkang
kerana mengamalkan politik yang memusnahkan diri apabila sanggup menggantung
semua projek kerajaan persekutuan semata-mata untuk menunjuk kuasa.
Beliau
berkata akibat daripada tindakan pakatan pembangkang itu, rakyat yang sebelum
ini memberi mereka undi dengan harapan menikmati kehidupan lebih baik,
sebaliknya hidup menderita.
"Apa
yang diluluskan Kerajaan Pusat adalah untuk kepentingan rakyat, bukannya untuk
syok (seronok) sendiri, bukan untuk Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak) atau penyokong BN, ia untuk semua orang.
"Apa
yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor adalah untuk menunjukkan kuasa.
Siapa yang akan menderita? Rakyat akan menderita dan rakyat patut protes,"
katanya.
Sementara itu,
beliau berkata MCA memberi sumbangan sebanyak RM200,000 kepada kuil Kek Lok Si
yang merancang untuk membina sebuah hospital lima tingkat mengandungi 50 katil
untuk orang kurang mampu.
"Saya
berharap rancangan itu mendapat sambutan pelbagai pihak dan menghulurkan
bantuan bagi menjayakan pembinaan hospital itu," katanya. - BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment