Kenyataan
pemimpin kanan Pas itu dilihat bakal menghangatkan lagi hubungan parti tersebut
dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana sebelum ini tersebar khabar
angin yang mendakwa Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar daripada menduduki
jawatan berkenaan.
Beliau
menegaskan, walaupun semua pihak sebelum ini secara dasarnya bersetuju Anwar
bakal menjadi Perdana Menteri pembangkang namun dalam keadaan sekarang, parti
komponen harus mengikut status quo iaitu parti yang memenangi paling banyak
kerusi.
"Saya
percaya kita perlu mengambil kira keputusan pilihan raya serta melihat parti
mana yang lebih dominan dari segi memenangi kerusi selain persetujuan semua
parti komponen kerana ia boleh menentukan siapa yang patut menjadi Perdana
Menteri (mewakili pembangkang).
"Itulah
sebabnya mengapa saya terus menggesa seluruh ahli dan jentera pilihan raya kami
untuk bekerja keras dalam memenangi pilihan raya umum nanti," katanya
sebagaimana dipetik menerusi blog di http://www.mole.my hari ini.
Sebelum
ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Kelantan, wakil Dewan
Ulama, Hairul Nizam mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi
Perdana Menteri dan kenyataan beliau kemudian disokong beberapa lagi pemimpin
Pas.
Malah,
ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali
pernah menyatakan secara terbuka Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri
iaitu antara faktor yang dikatakan menyebabkan beliau 'ditendang' keluar
daripada Pas.
Tuan
Ibrahim berkata, spekulasi kononnya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah bakal menjadi calon pilihan utama pakatan pembangkang sebagai Perdana
Menteri cuma khabar angin. – Utusan Online
No comments:
Post a Comment