KOTA BHARU
26 Feb. - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat oleh kerajaan
tidak sepatutnya dijadikan modal politik apatah lagi mengaitkannya dengan zaman
Firaun.
Ahli
Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Ilmuwan Kelantan (ICIK), Drs. Mohd. Zawawi
Awang berkata, bantuan tersebut dilaksanakan berlandaskan dasar transformasi
negara yang melibatkan rakyat secara menyeluruh.
Beliau
berkata, kerajaan lakukan segala-galanya untuk rakyat mengikut kemampuan
berdasarkan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
"Dari
sudut ilmiah tidak nampak justifikasi boleh dikaitkan pemberian BR1M oleh
Kerajaan Pusat dengan BR1M Firaun yang dikatakan menggunakan kekayaan untuk
menyesatkan rakyat malah satu fitnah besar melemparkan tuduhan tanpa asas.
“Apa yang
jelas kepada kita hari ini ialah bantuan tersebut diagih sama rata tanpa
mengira fahaman politik dan diterima baik oleh segenap masyarakat yang
berpendapatan rendah,” katanya.
Mohd Zawawi
juga berkata, pas tidak sepatutnya menjadikan bantuan BR1M sebagai modal
politik untuk menyerang lawan kerana tidak melibatkan keistimewaan satu pihak. –UtusanOnline
No comments:
Post a Comment