GEORGE
TOWN, 2 Feb — Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang bakal
mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di padang sekolah Han Chiang pada 11
Februari ini, mengikuti langkah kerajaan negeri DAP yang turut mengadakan
himpunan besar-besaran di lokasi yang sama sebelum pilihan raya 2008 lalu.
Bagi
menarik orang ramai, BN akan membawa penyanyi terkemuka "Gaya Oppa
Gangnam", Psy ke rumah terbuka dan dijangkakan dihadiri lebih 60 ribu
tetamu termasuk pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Penyanyi berasal
dari Korea Selatan tersebut akan menyanyikan lagu fenomena hebat semasa acara
tersebut. Klip video tersebut telah dimuat turun lebih 1.29 bilion kali di
laman YouTube sejak ia dimuatkan Julai tahun lalu.
Rumah
terbuka tersebut akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan merupakan salah
satu strategi utama BN untuk memenangi semula negeri perindustrian dan
pelancongan di utara Malaysia itu.
Semasa
kempen pilihan raya 2008, padang sekolah Han Chiang menyaksikan ceramah
terbesar anjuran DAP yang dihadiri ribuan rakyat di Pulau Pinang.
Selepas
itu, DAP dan rakan parti komponennya berjaya menakluk Pulau Pinang daripada BN,
menyaksikan Umno sebagai parti tunggal dalam pembangkang dengan hanya 11 kerusi
daripada 40 kerusi dewan undangan negeri.
The
Malaysian Insider difahamkan rumah terbuka Tahun Baru Cina merupakan salah satu
langkah yang akan diambil oleh pengerusi negeri BN Teng Chang Yeow untuk cuba
memenangi semula Pulau Pinang pada pilihan raya tahun ini.
Dalam
temubual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Teng berkata BN aka cuba
fokus untuk mempelbagaikan ekonomi negeri terutamanya pelancongan, sambil
mendakwa kerajaan BN sebelum ini yang telah berkempen untuk pengiktirafan
status Tapak Bersejarah Dunia UNESCO di Georgetown dan pembesaran lapangan
terbang negeri.–Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment