PUTRAJAYA -
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memperkenalkan laman web khas
www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung
perjalanan pilihan raya umum ke-13.
Pengerusi
SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selain menjadi panduan kepada
pengundi yang pertama kali mengundi, laman web itu turut memuatkan peraturan
yang baru diperkenalkan pada PRU kali ini.
"Antara
yang akan dimuatkan dalam laman web berkenaan ialah maklumat terkini proses
penamaan calon, tempoh berkempen, proses mengundi, urusan mengundi sehingga
pengumuman keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran
portal itu di sini hari ini.
Beliau
berkata laman web berkenaan akan menjadi sumber rujukan utama bukan sahaja
kepada orang ramai tetapi juga media terutamanya semasa pilihan raya berlangsung.
Katanya ia
dapat membantu orang ramai dan media mendapatkan maklumat seperti jumlah atau
peratus terkini pengundi yang keluar mengundi tanpa perlu menghubungi SPR.
"Setiap
maklumat yang dimasukkan adalah terkini dan pegawai SPR akan memastikan ia
sentiasa dikemaskini. Kita juga akan pastikan tahap keselamatan untuk mengelak
laman web digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata Abdul Aziz.
Beliau
berkata antara lain, laman web itu diwujudkan bagi memastikan orang ramai
mendapat maklumat tepat dan sahih kerana sudah menjadi kebiasaan setiap kali
pilihan raya diadakan pelbagai khabar angin akan timbul.
SPR,
katanya, mengalu-alukan sebarang maklum balas.
Dalam
perkembangan lain, beliau menegaskan sekali lagi SPR sentiasa berusaha
memastikan senarai nama pengundi dibersihkan, namun berkata mana mungkin ia
dapat dibersihkan seratus peratus.
"Sebagai
contoh jika hari ini SPR memberi jaminan senarai pemilih bersih mungkin esok
ada ada berlaku kematian dan ada yang dilucutkan kewarganegaraan,"
katanya.
Mengenai
Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di
Sabah, beliau berkata empat pegawai SPR sedang dalam senarai menunggu untuk
menjadi saksi. - Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment