Satu kajian mendapati Barisan Nasional (BN) diramal untuk memenangi
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang
bakal diadakan pada tahun ini.
Bertajuk 'Kajian Maklumbalas Pengundi Mahasiswa', kajian itu membabitkan 3,000 responden
dari Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan
Universiti Putra Malaysia (UPM).
Responden
melibatkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas dari kaum Melayu, Cina dan India
yang mana ada di antara mereka yang bakal mengundi untuk kali pertama.
Kajian
dilakukan pada 9 hingga 12 Dis tahun lepas itu juga mendapati Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan seorang pemimpin yang popular, mempunyai
prestasi yang baik dan layak menjadi Perdana Menteri.
Pengerusi
Yayasan Hal Ehwal Siswa Datuk Mohd Radzi Abdul Latif berkata 57 peratus
responden, yang mewakili UKM (75 peratus), UPM (67.4 peratus) dan UM (41.4
peratus), mengatakan kepimpinan Perdana Menteri baik dan popular.
"Selain
itu 59 peratus dari kesemua responden mengakui Najib pilihan utama sebagai
Perdana Menteri.
"Kajian
juga mendapati pengundi atas pagar (responden dalam golongan tidak pasti)
merupakan kunci utama penentu kepada kejayaan sesebuah parti," katanya
ketika mengumumkan hasil kajian tersebut dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau
berkata hasil kajian mendapati 68 peratus responden tidak pasti untuk memilih
siapa pada PRU-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 40 peratus
responden tidak pasti untuk memilih siapa bagi kerusi
Parlimen.
Menurutnya
hampir kesemua responden percaya Facebook merupakan medium paling baik sebagai
platform untuk kempen pilihan raya selain Facebook dan Youtube juga merupakan
medium pilihan untuk mengakses maklumat politik. - Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment