KUALA
LUMPUR - Polis mengedarkan 14 keping gambar peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat
(HKR KL 112) yang dipercayai dapat membantu siasatan dalam pelanggaran syarat
oleh pengajur perhimpunan pada 12 Januari lalu.
Ketua Polis
Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, syarat yang dipercayai dilanggar
penganjur itu adalah peserta membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun bersama
menyertai perhimpunan.
"Orang
ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media
supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya
Orang ramai
yang mempunyai maklumat mengenai individu yang gambarnya disiarkan dan sedang
dikesan itu, boleh hubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan
pegawai penyiasat Asisten Superitendent Tonny Lunggan ditalian 014-6225262 atau
pejabat 03-90516222
Kes
tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen
31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. – Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment