KUALA
LUMPUR - Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu bertekad untuk
mengembalikan kawasan Parlimen Sungai Siput, Perak ke tangan Barisan Nasional
(BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bagaimanapun,
duta khas ke India dan Asia Selatan Bagi Infrastruktur itu berkata, beliau
menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung pemilihan calon untuk
bertanding di kawasan itu.
Samy
dilantik sebagai penyelaras jentera pilihan raya BN di Sungai Siput pada
November lepas.
"Saya
dilantik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk mengetuai BN
di Sungai Siput. Tugas saya untuk jadikan Parlimen Sungai Siput kawasan BN. Itu
saja.
"Tugas
yang diberi saya mahu selesaikan. Saya tidak bincang mengenai siapa akan jadi
calon atau lain-lain," katanya kepada Bernama selepas rakaman program
Hello Malaysia edisi Tamil terbitan Bernama TV hari ini.
Samy Vellu
berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau berminat bertanding semula di
kawasan yang pernah disandangnya selama lapan penggal itu.
Dalam
pilihan raya umum 2008 Samy Vellu kalah kepada Michael Jeyakumar Devaraj yang
bertanding atas tiket PKR. – Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment