TANJONG
KARANG — Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin kumpulan petani dan nelayan di dearah
ini tidak akan mudah terpedaya dengan helah pakatan pembangkang menjelang
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau
berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh kononnya BN mengugut
kumpulan itu dengan menghalang mereka memberi undi kepada pembangkang adalah
tidak benar.
Katanya
pakatan pembangkang sebenarnya buta dan isu itu ditimbulkan sebagai modal
ceramah untuk mengelirukan pengundi terutamanya golongan pesawah dan petani di
sini.
“Tuduhan
itu sepatutnya tidak timbul kerana pakatan pembangkang sendiri yang tidak boleh
terima kenyataan sekiranya BN berjaya menawan Selangor semula.
“Sebelum
ini terbukti di Perak apabila pemimpin mereka sendiri yang menimbulkan
huru-hara selepas BN berjaya mentadbir semula negeri itu,” katanya kepada
pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tiram Jaya hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PAS Pusat Datuk
Mahfuz Omar kononnya BN menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi dalam siri
ceramahnya di Sawah Sempadan, di sini baru-baru ini.
Mengulas
lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata beliau
percaya dengan kesetiaan pengundi kerana mereka tahu siapa yang banyak membantu
mereka.
“Kerajaan
Persekutuan telah banyak membantu termasuk memberi peruntukan berbentuk
subsidi, insentif dan input pertanian berjumlah RM2.5 bilion dalam bajet tahun
ini.
“Petani dan
nelayan boleh menilai kesungguhan kerajaan persekutuan yang banyak membantu
meningkatkan hasil pendapatan mereka dan kita percaya undian mereka kepada BN
tidak berubah,” katanya. — Bernama/Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment