PUTRAJAYA:
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas
pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Perdana
Menteri berkata, langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh
menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.
Beliau
berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah
dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri
Pelajaran. "Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan
beban guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai
pendidik," katanya pada majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam
Shah, di sini, malam Khamis.
Pada majlis
itu Najib turut mengumumkan pemberian peruntukan khas sebanyak RM1 juta untuk
sekolah tersebut.
Najib
berkata keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka
menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta
pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.
Perdana
Menteri berkata usaha itu juga selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal
insan yang berkualiti serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis.
"Kita
perlu memahami bahawa persaingan dalam abad ke-21 menuntut kepada kita untuk
berjaya ketengahkan idea-idea lebih unggul, kerana sesiapa yang mempunyai idea
lebih unggul maka mampu mengatasi negara lain," katanya. -BERNAMA/Malaysian
Insider
No comments:
Post a Comment