KUALA
LUMPUR— Kumpulan antara agama bukan Islam, Majlis Perundingan Buddha, Kristian,
Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menyelar Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) dan bekas ketua hakim kerana cuba untuk mengawal hak kumpulan
minoriti agama di Malaysia dalam perbalahan isu “Allah”, di mana mereka
mengatakan ia bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara.
MCCBCHST
memberi maklumbalas berkenaan kenyataan MAIS dan bekas Ketua Hakim Negara Tun
Ahmad Fairuz Sheik Abdul Halim yang melarang kumpulan minoriti agama di
Malaysia daripada memanggil tuhan mereka “Allah”.
“Ini adalah
sama seperti pengenaan sekatan oleh Majlis lslam terhadap orang bukan Islam. Ia
juga boleh dilihat sebagai usaha untuk mengawal amalan agama-agama selain Islam
oleh sebuah badan atau organisasi lslam,” kata mereka dalam satu kenyataan hari
ini.
Majlis
tersebut memberi amaran terhadap “amalan tidak sihat” memaksa orang bukan Islam
terikat dengan fatwa atau keputusan daripada badan-badan Islam seperti MAIS,
sambil berkata ia boleh mencetuskan ketegangan agama.
“Sebarang
cubaan untuk mengawal orang bukan Islam atau mengganggu amalan agama bukan
Islam oleh mana-mana badan Islam mesti dihentikan serta merta. Ia bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini amalan yang tidak sihat dan boleh membawa
kepada kesan sosial yang tidak diingini dan meningkatkan ketegangan antara
masyarakat,” katanya.
Kenyataan
itu ditandatangani oleh Tan Hoe Chieow yang juga presiden MCCBCHST dan ketua
Taoisme; timbalan presiden Majlis Gurdwara Malaysia Jagir Singh; dan Sing Kan
dan Prematilaka KD Serisena untuk agama Buddha dan Rev Thomas Philips untuk
agama Kristian; Datuk RS Mohan Shan bagi Hindu.
Kumpulan
antara agama bukan Islam itu juga berkata, tiada undang-undang, sama ada di
peringkat persekutuan atau negeri, untuk mengenakan hukum atau fatwa ke atas
bukan Islam.
Ia
menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam telah
diletakkan di dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang menghadkan
mereka daripada menyebarkandoktrin atau kepercayaan agama mereka kepada orang
Islam.
MCCBCHST berkata,
tiada bukan Islam mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Ia menggesa
umat Islam yang tidak bersetuju dengan orang bukan Islam yang mempunyai hak
untuk memanggil tuhan mereka “Allah” untuk membaca perlembagaan dengan
berhati-hati dan holistik, menunjukkan kepada Artikel 3(4) dan 11(4).
Merujuk
kepada Ahmad Fairuz, kumpulan itu berkata ia gagal untuk memahami “bagaimana
bekas Ketua Hakim Negara boleh terlepas pandang hakikat bahawa semua enakmen 10
negeri-negeri yang dibuat di bawah Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, dan
bahawa Perkara 11 (4) hanya menyediakan kawalan ‘atau penyebaran apa-apa
doktrin atau kepercayaan agama kepada orang yang menganut agama lslam “
“Artikel
ini tidak melarang agama lain dari menyebarkan kepada penganut masing - masing.
“Dalam erti
kata lain, jika anda tidak menganut atau mengamalkan lslam maka tiada sekatan
boleh diletakkan kepada anda tentang bagaimana anda mengamalkan agama anda,”
kata MCCBCHST, dengan menambah setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk
mengurus hal ehwal agama sendiri.
Kumpulan
antara agama itu juga berkata, Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 telah memutuskan
peruntukan dalam enakmen negeri melarang penggunaan perkataan tertentu oleh
orang bukan Islam adalah tidak berperlembagaan.
Ia menambah
bahawa ia menyokong keputusan bukan Islam untuk terus menggunakan “Allah”
merujuk kepada tuhan-tuhan mereka seperti yang terdapat dalam kitab suci
mereka. – Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment