KUALA
LUMPUR — Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) hari ini menggesa
Putrajaya supaya tidak terlalu menfokuskan kepada golongan pertengahan dalam
menentukan polisi pendidikan memandangkan ia menyebabkan golongan yang tidak
mampu akan tercicir kerana sistem tidak adil tersebut.
Dalam
kenyataan media hari ini, IDEAS mendedahkan penemuan dalam projek kajian “Suara
Golongan Miskin” mendapati kanak-kanak yang berada dalam kumpulan berpendapatan
rendah berhadapan kualiti pendidikan yang buruk.
“Mereka
tidak mempunyai kelebihan untuk mampu memilih sistem pendidikan swasta atau
sekolah yang lebih baik di luar kawasan mereka tinggal dan tidak mempunyai
saluran yang mencukupi kepada sumber alternatif pendidikan seperti tuisyen luar
dan internet,” kata Wan Saiful Wan Jan (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut
laporan tersebut lagi, sekiranya kitaran tersebut berterusan dan tidak berlaku
rombakan ia akan memberikan kesan kepada keadaan sosio-ekonomi terutamanya
kepada golongan bawah tersebut yang terdiri daripada 40 peratus daripada jumlah
keseluruhan pelajar diseluruh negara.
IDEAS juga
mendedahkan cabaran utama yang dihadapi oleh golongan bawah tersebut untuk
mendapatkan pendidikan yang baik adalah antaranya tambahan yuran yang dikenakan
oleh pihak sekolah, tekanan rakan sebaya, ibu bapa tidak berkemampuan untuk
menyediakan pendidikan tambahan, persekitaran sekolah yang diskriminasi, guru
tidak berkualiti dan kesukaran pertuturan bahasa dalam sekolah vernakular.
Sejajar
dengan itu, IDEAS telah mengambil langkah kerjasama dengan Asia Sdn Bhd dalam
program mereka tersebut untuk menjadi suara kepada golongan 40 peratus
tersebut.
“Kami
mempunyai dua misi iaitu memberikan suara kepada golongan miskin dan terpinggir
dalam proses menentukan polisi pendidikan negara dan membantu orang awam
membuat polisi, syarikat korporat dan perbadanan memahami keperluan dan
aspirasi golongan bawah 40 peratus ini dalam pendidikan,” ujar Wan Saiful lagi.
Selain itu,
IDEAS juga menekankan kepentingan kerajaan dan agensi lain yang
bertanggungjawab memperbaiki kualiti sekolah dan memastikan pelajar daripada
golongan berpendapatan rendah ini menerima pendidikan berkualiti.
Dalam
perkembangan lain, Wan Saiful berkata IDEAS akan melancarkan peringkat kedua
program “Suara Golongan Miskin” sambil
berharap syarikat swasta dan dermawan untuk membantu mereka bagi menjayakan
hasrat murni mereka tersebut.
Badan tersebut
sebelum ini mengkritik Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang dilancarkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada tahun lepas kerana kekurangan
ketelusan dan tidak mengeluarkan empat laporan penting yang mampu mencalarkan
kredibiliti pelan tersebut. – Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment