
Bekas Naib
Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan, ROS perlu adil
bertindak mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Menurut
beliau, DAP tidak boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan undang-undang
termasuk pembatalan pendaftaran jika didapati melakukan kesalahan di bawah akta
tersebut.
"Jika
UMNO boleh diharamkan atas dasar kesilapan teknikal, mengapa tidak DAP? Kenapa
kita mesti takut dengan DAP," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia
di sini hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berhubung kesukaran dihadapi ROS untuk menyelesaikan siasatan berikutan tidak
mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi DAP.
Abdul
Rahman memberitahu, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin
tertinggi DAP ke pejabat ROS untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau
memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.-Utusan Online
KD: Yang salah, tetap salah... jangan pula cuba mengakkan benang yang basah.
KD: Yang salah, tetap salah... jangan pula cuba mengakkan benang yang basah.
No comments:
Post a Comment