KUALA
LUMPUR - Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan
lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran
partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu
berbeza sama sekali.
Penganalisis
politik, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, Kit Siang dan pimpinan DAP
tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan platform parti lain terutamanya Pas
sedangkan mereka boleh menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Jika
benar itu berlaku, Pas selepas ini akan dianggotai dan dipimpin oleh
orang-orang kafir.
"Menggunakan
logo Pas berbanding PKR dibimbangi mempunyai niat jahat untuk memecah-belahkan
umat Melayu dan Islam sekiranya parti yang dipinjam untuk ditandinginya itu
menang, katanya ketika dihubungi Utusan Online petang
ini.
Zainal
Abidin diminta mengulas kenyataan Kit Siang di dalam akaun twitternya hari ini
berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya
ROS menggantung pendaftaran DAP.
Sebelum
ini, pelbagai pihak termasuk para ahli dan bekas pemimpin DAP telah mendesak
ROS mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan kedegilan parti
tersebut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti
itu selepas berlaku kesilapan" ketika pemilihannya
tahun lalu.
Menurut Zainal Abidin, sekiranya hal itu berlaku, DAP
secara tidak langsung dia telah menunjukkan belang untuk mempergunakan Pas
untuk menjadi alat perjuangan politik mereka dan wujud persengketaan antara Pas
dan DAP jika keputusan PRU-13 memihak kepada parti kedua terbesar orang Melayu
itu.
Sementara
itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata, tidak
mungkin DAP akan menguasai Pas jika parti itu memenangi PRU-13 kerana yakin
bilangan ahli parti itu lebih ramai berbanding DAP.
"Kita
mengalu-alukan calon-calon DAP menggunakan Pas dan PKR untuk bertanding di
dalam PRU-13. Di dalam parti Pas sendiri, kami mempunyai sayap parti iaitu
Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri daripada bukan Islam.
"Setakat
ini, kami telah menerima penyertaan lebih 30,000 ahli di dalam dewan himpunan
itu," katanya.
Bagaimanapun,
menurut Mustafa, para pemimpin DAP termasuk Kit Siang yang berhasrat bertanding
atas tiket Pas perlu mendaftarkan diri sebagai ahli Pas terlebih dahulu. -Utusan
Online
No comments:
Post a Comment