Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) |
Ia
membabitkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan,
Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
seperti diperuntukkan Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962.
Pengisytiharan
ESSZONE diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada upacara
perbarisan peringatan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di
sini, semalam.
Beliau
berkata, ia ditadbir Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah ditubuhkan mengikut
Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal Menteri
Dalam Negeri dan dipengerusikan Ketua Menteri Sabah dengan dibantu seorang
Ketua Pegawai Eksekutif.
Bukan isytihar darurat
Katanya,
jawatankuasa yang beribu pejabat di Lahad Datu akan bertanggungjawab kepada
satu Jawatankuasa Pemantau yang dipengerusikan beliau selaku ketua kerajaan.
Katanya,
penubuhan ESSZONE bertujuan memelihara hak demokratik serta proses demokrasi
untuk penduduk Sabah, mengukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam serta
kesejahteraan di timur negeri itu.
“Dengan
penubuhan Jawatankuasa ESSZONE ini, kerajaan mengambil pendekatan holistik dan
bukan pendekatan ketenteraan semata-mata bagi melindungi kawasan timur Sabah,
seterusnya mencari penyelesaian kepada punca pencerobohan.
“Ia bukan
pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak
sekali-kali akan menghalang proses pilihan raya yang bebas, telus dan
demokratik. Oleh itu, rakyat di kawasan timur Sabah jangan gusar dan takut
keluar mengundi serta menggunakan hak mereka mengikut Perlembagaan,” katanya.
Perdana
Menteri turut menegaskan bahawa peraturan diwujudkan di bawah ordinan itu tidak
memberikan kuasa tambahan kepada polis kerana kuasa sedia ada sudah memadai
menangani situasi berkenaan.
Kesejahteraan hidup
Di samping
itu, sesiapa yang berpendapat haknya terjejas boleh membawa kerajaan ke
mahkamah menerusi proses perundangan. Namun, pengisytiharan itu tidak jejaskan
kehidupan rakyat, sebaliknya peningkatan kawalan keselamatan bertujuan
memastikan kesejahteraan hidup rakyat.
Beliau
turut menjelaskan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
(SOSMA) yang digunakan untuk menjalankan penyiasatan dan tangkapan dalam semua
kes membabitkan pengganas di Sabah ketika ini ialah akta membabitkan prosedur
semata-mata.
“Ia tidak
digubal sebagai akta memberikan kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan
seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Bagi setiap tangkapan di
bawah SOSMA, pertuduhan dibuat menggunakan undang-undang biasa dan dibicara di
mahkamah seperti kes jenayah lain,” katanya.
ESSCOMM
diwujudkan berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu pada 12 Februari
lalu. Ops Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac lalu, berjaya membunuh 67
pengganas setakat ini. - BHarian
No comments:
Post a Comment