Dalam
membuat cadangan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, ia bagi mengelak
penjawat awam daripada membuat pinjaman dari peminjam wang haram atau Ah Long
dan agensi pinjaman yang mengenakan faedah tinggi yang dilihat membebankan.
"Skim
pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian, persekolahan anak dan
memperbaharui cukai jalan yang membolehkan peminjam memperoleh wang segera
tanpa penjamin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat
agung pertama KSA1M di Wisma Cuepacs di sini, hari ini.
Yang turut
hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Saripuddin Kasim.
Dalam pada
itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota KSA1M untuk menikmati
kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200 penjawat awam telah mendaftar
sebagai anggota koperasi itu.
Dalam pada
itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint 16, Putrajaya selain peruntukan
RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk tujuan itu.
Omar
berkata, kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan secara rasmi April
ini.
KSA1M
ditubuhkan Februari tahun lalu dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat
awam untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja itu. – BERNAMA/Utusan Online
No comments:
Post a Comment