GEORGE TOWN
— DAP hari ini menolak tawaran 10 minit membentangkan manifesto di Radio
Television Malaysia (RTM) untuk menyampaikan mesej kepada pengundi, kata
Setiausaha Agung Lim Guan Eng.
“Mereka
melayan kita macam peminta sedekah, 10 minit waktu siaran tidak bermakna
kebebasan media,” kata Lim dalam sidang akhbar hari ini.
Ketua
menteri Pulau Pinang itu memberi respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim Jumaat lalu setiap parti
politik diberikan masa 10 minit yang dirakamkan sebelumnya untuk membentangkan
manifesto menjelang pilihan raya umum.
“Masa 10
minit ini adalah lawak, kita tidak mahu terima tawaran ini kerana kita tidak mahu
beri Barisan Nasional (BN) kepuasan dan justifikasi mereka mengamalkan
kebebasan bersuara,” kata Lim.
Lim melabel
tawaran itu sebagai ejek-ejekan kepada kebebasan akhbar, demokrasi dan satu
penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat.
“Kami tidak
mahu 10 minit, satu jam atau dua jam, apa yang kita mahu adalah hak untuk
menjawab,” katanya.
Beliau
mengatakan pembangkang mahu hak untuk menjawab bukan sahaja semasa musim
pilihan raya, tetapi pada semua masa dalam semua media arus perdana dan berita
televisyen, hampir kesemuanya di kawal BN.
Rais
berkata peluang disediakan kerana menghormati sistem demokrasi di negara ini.
Lim
berkata, rakan-rakan parti komponen Pakatan Rakyat seperti PAS mungkin tidak
akan menerima tawaran tersebut.
“Saya sudah
bercakap dengan Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan beliau bersetuju dengan DAP
untuk tidak menerima tawaran tersebut jadi PAS juga tidak akan menerima tawaran
tersebut juga,” katanya.
Lim juga
akan berbincang mengenai perkara ini dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim.— The Malaysian Insider
KD: Amboi..nak masa lama rupanya..
No comments:
Post a Comment