SHAH ALAM—
Hampir 30 wartawan dari pelbagai organisasi media hari ini pulang tanpa ‘berita
tergempar’ setelah tiada pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti yang diharapkan.
Bahkan
Abdul Khalid tidak hadir pada sidang akhbar di Bilik Media Tingkat 20 Bangunan
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang penuh sesak dengan wartawan yang
menunggu sidang akhbar Mesyuarat Mingguan Majlis Kerajaan Negeri Selangor, biasanya
diadakan pada Rabu.
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth
Wong berkata,mesyuarat mingguan yang selalunya diadakan Rabu diadakan hari ini
kerana Abdul Khalid perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan kadar segera.
Selain
Wong, dua lagi exco yang hadir pada sidang akhbar yang bermula pukul 3.30
petang ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad
Yunus Hairi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan
Modal Insan Dr Halimah Ali.
“Ini
bukanlah mesyuarat exco terakhir kami. Beberapa mesyuarat lagi akan diadakan...
urusan berjalan seperti biasa di Selangor, usah bimbang,” kata Wong.
Wong juga
berkata mesyuarat exco juga menyentuh tarikh pembubaran DUN di seluruh negara.
Ditanya
mengapa Menteri Besar tidak hadir sidang akhbar hari ini, beliau berkata pada
hari ini Abdul Khalid lebih sibuk berbanding hari biasa.
Sebelum
ini, Abdul Khalid berkata DUN Selangor akan dibubar bulan ini.
Tempoh lima
tahun DUN Selangor tamat 22 April. — Bernama/The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment