KUALA
LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi
sesebuah kerajaan sementara.
"Apabila
tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta
AG's Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan
tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya.
Mohamed Nazri
diminta mengulas mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang akan
terbubar secara automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya hari ini
seperti dilaporkan sebelum ini.
"Saya
tidak nampak apa-apa masalah kerana kita ada 60 hari selepas DUN dibubarkan dan
saya fikir sebaik Parlimen dibubarkan kita akan tetapkan tarikh (pilihan raya).
"SPR
(Suruhanjaya Pilihan Raya) mahukan supaya semua pilihan raya itu diadakan pada
satu hari (serentak), itu adalah hak SPR untuk menentukan," katanya.
Mohamed
Nazri berkata, sesebuah kerajaan sementara hanya boleh meneruskan segala
komitmen yang sudah dibuat sebelum DUN dibubarkan dan tidak boleh membuat
komitmen baharu.
"Antara
tarikh pembubaran dan pembentukan kerajaan baharu, kerajaan sementara hanya
boleh mentadbir, tetapi anda tidak boleh membuat sebarang pengumuman atau
komitmen baharu," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment