KUALA
LUMPUR - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah merancang untuk memporak-perandakan proses
pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.
Beliau
mendakwa, PKR telah memberikan latihan terperinci kepada beberapa individu bagi
mewujudkan suasana tegang pada hari mengundi di beberapa kawasan terpilih.
"Sesi
latihan seumpama ini telah dijalankan di pelbagai tempat dan di negeri tertentu
di bawah pentadbiran kerajaan negeri pakatan pembangkang termasuk di beberapa
gereja.
"Kekecohan
yang dirancang PKR adalah atas alasan rasa tidak puas hati pengundi terhadap
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain melengahkan masa membuang undi,"
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut
hadir ialah bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat dan Naib
Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan.
Tunku Aziz
berkata, perasaan benci dan tidak percaya kepada SPR menguruskan pilihan raya
secara adil akan terbukti andainya kumpulan itu berjaya memporak-perandakan
keadaan pada hari mengundi nanti.
"Semua
ini dilakukan bagi memberikan pandangan negatif terhadap SPR, selain mencipta
fitnah dan kemarahan umum. Kumpulan ini juga akan sengaja membiarkan diri
mereka 'diheret' oleh polis dan gambar-gambar tersebut dijangka tersebar dengan
cepat," jelasnya.
Dalam pada
itu, Tunku Aziz berkata, pihaknya mencabar semua parti politik yang bertanding
pada PRU-13 menandatangani deklarasi bersama pada 13 April ini bahawa mereka
tidak akan terbabit dalam sebarang tindakan mengganggu proses pengundian pada
hari mengundi nanti.
"Hari
ini, kami akan menghantar jemputan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN),
Presiden PKR, Pengerusi DAP dan Presiden Pas atau wakil masing-masing. Saya
harap jika benar-benar telus dalam memastikan proses pilihan raya berjalan
sebaik mungkin, tampil tandatangan deklarasi ini," katanya.
Satu surat
bertarikh 15 Disember 2012 telah tersebar menerusi laman sosial mendedahkan
dokumen sulit daripada PKR yang menyenaraikan pelbagai langkah untuk
mencetuskan kekecohan dan rasa tidak puas hati terhadap SPR ketika hari
mengundi.
Sementara
itu, Ramanan membidas sikap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga yang begitu
lantang memburukkan SPR dengan menuduh pilihan raya kali ini adalah yang paling
kotor tetapi berdiam diri daripada mengulas 'kesilapan' pemilihan Jawatankuasa
Kerja Pusat (CEC) DAP pada Disember lepas.
"Apa
hak beliau untuk berkata demikian apabila parti yang disokong olehnya jauh
lebih 'kotor', mengapa sehingga hari ini Ambiga bersama konco-konconya tidak
membuat demonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP? Ambiga harus tampil halang
rancangan PKR ini.
"Perbuatan
Ambiga tidak mencerminkan pendirian beliau yang sehingga hari ini begitu vokal
'berjuang' untuk pemilihan adil dan bersih. Ambiga perlu 'bersih' sebelum
bersihkan sistem dalam negara ini," tegasnya. - Utusan
Online
No comments:
Post a Comment