PUTRAJAYA
10 April - Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal berlangsung pada 5 Mei
ini akan menjadi pilihan raya termahal dengan kos RM400 juta diperuntukkan
untuk memastikan segala persiapan berjalan lancar.
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kos
PRU-13 lebih mahal disebabkan oleh pertambahan jumlah pengundi selain
peningkatan elaun untuk pegawai dan petugas yang terlibat dalam menjayakan
pilihan raya itu.
''Jumlah
pengundi untuk PRU-13 ialah sebanyak 13.3 juta orang berbanding 10.7 juta orang
dalam pilihan raya sebelumnya.
''Ini
bermakna jumlah pengundi telah bertambah sebanyak 2.6 juta orang, bukan semua
pengundi baharu itu ialah orang muda tetapi juga terdapat warga lebih tua yang
baharu mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam sidang akhbar selepas
mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini hari ini.
Abdul Aziz
berkata, selain pertambahan pengundi, peningkatan kos pilihan raya juga
disumbangkan oleh pengenalan jenis undi yang baharu dalam PRU-13.
''Jadi kos
untuk PRU-13 adalah mahal tetapi kos untuk PRU-14 mungkin lebih tinggi
lagi," katanya.
Abdul Aziz
berkata, keputusan pertama PRU-13 mungkin diperolehi SPR seawal pukul 7.30
malam berdasarkan pengalaman lalu.
''Kita
berusaha menambah baik sistem yang ada dengan memperkenalkan portal di mana
keputusan akan diumumkan secepat mungkin melalui laman web," katanya.
Beliau
berkata, pilihan raya akan diadakan seperti biasa di Lahad Datu dan Semporna di
Sabah yang menyaksikan insiden pencerobohan pengganas Kiram, baru-baru ini.
Dalam pada
itu, para pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui pusat
mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web http://daftarj.spr.gov.my/
Semakan
boleh dibuat menerusi Portal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) www.pru13.gov.my atau menerusi SMS dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> nombor
kad pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 15 April.
Bagi
semakan melalui SMS, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menyediakan kemudahan
tambahan iaitu 29292 bagi pengguna Celcom, 33080 dan 22789 (Maxis) dan 33080
(Digi).
Semakan
boleh dibuat dengan menaip spr <jarak> nombor kad pengenalan dan hantar
kepada nombor-nombor tersebut. -Utusan Online
No comments:
Post a Comment