SHAH ALAM -
Penganalisis berpendapat keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) membuka
laluan besar kepada Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen, sekali gus tidak akan
membolehkan Barisan Nasional (BN) yang kekal menerajui kerajaan pusat 'senyum
lebar' dengan kejayaan itu.
Dekan Pusat
Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
berkata, PR telah terus berjaya memecahkan 'keselesaan' BN dan bakal
memeriahkan Dewan Rakyat.
"Politik
akan menjadi lebih meriah. Walaupun kali ini BN menang namun telah kurang lagi
banyak kerusi berbanding 2008 menjadikan BN sekarang ini lagi lemah di mana
suara PR lebih kuat di Parlimen.
"PR telah
menang bergaya di Selangor dan Pulau Pinang dengan dua per tiga majoriti, ini
menunjukkan PR semakin kuat," katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurutnya,
kejayaan yang ditunjukkan calon PR dalam merampas kuasa di kawasan-kawasan
bandar khususnya menunjukkan kepercayaan rakyat kepada parti perikatan
tersebut.
Beliau
berkata, walaupun keputusan pilihan raya
menunjukkan prestasi Pas dan PKR sedikit susut berbanding DAP, namun strategi meletakkan calon kedua-dua
parti tersebut sedikit sebanyak berjaya menggugat kedudukan undi kaum Melayu
serta India daripada BN.
Keputusan
rasmi PRU13 menyaksikan BN berjaya membentuk semula kerajaan baru dengan
memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding sebanyak 140 kerusi lima tahun lalu.
PR berjaya menambah sehingga 89 kerusi Parlimen berbanding 80 kerusi pada 2008.
Jumlah peningkatan
yang ditunjukkan PR telah disumbangkan oleh DAP meningkat sebanyak 10 kerusi
Parlimen menjadikan 38 kerusi berbanding lima tahun lalu yang mencatat 28
kerusi.
Dalam pada
itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat
walaupun PR berjaya mengurangkan majoriti undi terutama di kawasan bandar namun
isu perbalahan di antara parti dalam perikatan masih tidak dapat diselesaikan.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
menjadi pemimpin tertinggi PKR juga tidak berjaya mengatasi DAP.
Justeru, dari
segi kemenangan yang diperolehi parti oleh DAP, pemegang gelaran ketua
pembangkang boleh diserahkan kepada pemimpin tertinggi parti tindakan demokrasi
tersebut.
"Sistem
politik akan tetap menghadapi suasana seperti tahun 2008 hingga 2012, di mana
pembangkang akan terus membangkang dan menimbulkan provokasi mengenai isu-isu
negara.
"Kalau
ikut dari segi kemenangan calon DAP, mungkin ketua pembangkang akan bertukar
kepada pemimpin DAP, tapi terpulang kepada rundingan mereka sendiri dan
walaupun BN mencatat penurunan sedikit tetapi satu negeri PR telah diambil
semula," katanya. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment