DBKL TOLAK PERMOHONAN ADAKAN HIMPUNAN “BLACK 505” DI
PADANG MERBOK
PETALING JAYA:
Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan daripada penganjur
perhimpunan “Black 505” untuk mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun.
Datuk Bandar,
Datuk Ahmad Phesal Talib pada Isnin bagaimanapun berkata, beliau terbuka untuk
bertemu dengan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kemungkinan untuk
mengadakan perhimpunan di kawasan yang lebih tertutup, di mana katanya, beliau
tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya.
“Terdapat
beberapa sebab kenapa kami memutuskan untuk menolak permohonan terbaru mereka
selepas mengadakan pertemuan dengan polis.
“Pertamanya
ialah Padang Merbok sudah pun disewakan oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk
mengadakan Larian Olimpik pada 23 Jun.
“Mereka
memerlukan padang itu sehari sebelumnya untuk persediaan logistik untuk majlis
mereka. Dan mereka telah memohon lokasi itu pada akhir tahun lepas,” katanya
kepada para pemberita pada Isnin.
Ahmad Phesal
berkata, beliau turut mengambil pertimbangan mengenai padang itu, yang terletak
di sepanjang Jalan Parlimen, yang merupakan penghubung jalan utama seperti
Jalan Hishamuddin, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan
Jalan Raja.
“Jalan Raja
merupakan salah satu jalan utama yang menyokong kebanyakan jalan dalam dan luar
bandar. Maka adalah sebaik-baiknya bagi kami untuk menasihatkan mereka untuk
mengadakannya di kawasan tertutup bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,
memandangkan majlis mereka akan berlangsung dari pukul 11 pagi sehingga 6
petang.
“Kebanyakan
peniaga turut membuat permohonan untuk membuka gerai pada hari berkenaan, maka
kami perlu memastikan mereka diberikan kawasan yang bersesuaian untuk
beroperasi. Kawasan terbuka seperti Padang Merbok tidak sesuai untuk mereka,”
katanya.
Ketiganya,
Datuk Bandar menyuarakan kebimbangan bahawa perhimpunan itu mungkin akan
menjejaskan landskap Jalan Parlimen di mana katanya, ia telah dicantikkan
dengan pelbagai jenis tanaman.
Bagaimanapun,
Ahmad Phesal berkata, beliau terbuka untuk duduk berbincang dengan wakil
Pakatan Rakyat pada 14 Jun untuk membincangkan mengenai perjanjian bersama
mengenai lokasi baru perhimpunan itu.
Kedua-dua DBKL
dan polis telah memberikan lampu hijau untuk perhimpunan itu, cuma lokasinya
sahaja tidak dipersetujui.
“Mereka
sepatutnya mempertimbangkan lokasi tertutup, seperti sebuah stadium yang mereka
lakukan di Selangor,” katanya, sambil menamakan Stadium Titiwangsa dan Stadium
Merdeka sebagai pilihan mereka.
DBKL menolak
permohonan daripada para penganjur “Black 505” untuk mengadakan perhimpunan di
Padang Merbok pada 22 Jun, sambil mengatakan padang itu perlu bersedia untuk
penganjuran Larian Olimpik pada hari berikutnya. -mStar
No comments:
Post a Comment