PEMBANGKANG TANGGUH ‘BLACK505’ 22 JUN
PETALING JAYA:
Himpunan Black505 yang dijadualkan pada Sabtu ini ditangguhkan ke 22 Jun kerana
berlaku pertindihan dengan dua program yang diadakan di Padang Merbok, Kuala
Lumpur pada tarikh asal.
Ahli Parlimen
Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata, penundaan perhimpunan yang sepatutnya
dijadualkan pada Sabtu ini dibuat selepas mengambil kira rayuan penganjur
program lain yang terlebih dahulu mempunyai program di lokasi dan tarikh yang
sama.
Bagaimanapun,
beliau menegaskan tidak akan berlaku lagi sebarang perubahan tarikh selepas ini
walau apa jua alasan diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk
melengah-lengahkan permohonan mengadakan perhimpunan di Padang Merbok.
"Ini
adalah ketetapan akhir kita. Tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini
tidak kira apa alasan yang diberikan DBKL," katanya pada sidang media di
Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.
Selain itu
Mohd Rafizi yang juga Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata,
pihaknya dimaklumkan bahawa terdapat dua program yang akan diadakan di padang
tersebut pada Sabtu ini iaitu Karnival Kitar Semula dan majlis perkahwinan yang
telah membuat permohonan lebih awal.
Beliau
menegaskan permohonan untuk menggunakan padang tersebut pada Sabtu depan telah
dikemukakan pada Jumaat lepas.
"Oleh
itu, tiada lagi alasan untuk DBKL melengah-lengahkan permohonan ini. Hormati
hasrat rakyat Wilayah Persekutuan yang ingin berhimpunan secara aman di padang
tersebut.
"Kita
juga dapat pengesahan bahawa semasa permohonan dibuat pada 7 Jun lalu, tidak
ada mana-mana pihak yang membuat permohonan mengadakan acara di Padang Merbok
pada Sabtu depan," katanya.
No comments:
Post a Comment