KUALA
LUMPUR - Fitnah dan hasutan berterusan yang disebarkan oleh Red Bean Army
menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog boleh menimbulkan
ketegangan dalam kalangan rakyat.
Presiden
Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata,
kegiatan tentera siber pembangkang itu mesti dikekang demi menjaga kestabilan
negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Menurut
beliau, aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit
semata-mata mahu mengapi-apikan kaum Cina bagi memburukkan- burukkan Barisan
Nasional (BN) dan kerajaan.
"Kita
bimbang perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu boleh mengundang keadaan
huru-hara sehingga menghancurkan negara.
"Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis perlu bertindak tegas
terhadap dalang-dalang di sebalik Red Bean Army dengan segera mengheret mereka
ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari
ini.
Beliau
mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan
memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang
menyokong parti itu.
Pasukan
berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat
Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang
bercakap buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang.
Red Bean
Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk
menolak calon-calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu.
Penasihat
DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army
walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas
Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.
Tambah
Razali, buat permulaan, kerajaan boleh mewajibkan permohonan lesen untuk
pengendali blog bagi memudahkan tindakan diambil sekiranya mereka melanggar
undang-undang negara.
Sementara
itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan
Kassim menyifatkan dakwaan Kit Siang kononnya tidak mengetahui tentang Red Bean
Army sebagai strategi untuk melarikan diri daripada isu sebenar.
Menurut
beliau, reaksi Kit Siang itu tidak menghairankan kerana pemimpin-pemimpin
pakatan pembangkang sering dilanda 'sindrom penafian'.
"Berdasarkan
pengalaman saya di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu, pakatan
pembangkang memanipulasi media sosial sebagai saluran utama bagi menimbulkan
persepsi negatif terhadap BN dalam kalangan rakyat," katanya.
Ruslan
turut menggesa pihak berkuasa membuktikan ketegasan dalam menangani ancaman Red
Bean Army dan bukan sekadar memberikan amaran sahaja.
Dalam pada
itu, Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi
memberitahu, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan amat berharap pihak
berkuasa bertindak segera terhadap Red Bean Army.
"Kita
hanya mampu mendesak tetapi pihak berkuasa sahaja yang boleh mengambil tindakan
mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," jelasnya.
Beliau
berpandangan, kegiatan Red Bean Army menyebarkan kenyataan berbaur perkauman
menerusi media sosial tidak sepatutnya dibiarkan berpanjangan.
Presiden
Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, pihak
berkuasa hendaklah mengesan identiti sebenar anggota-anggota Red Bean Army
supaya mereka boleh dipertanggungjawabkan atas fitnah dan hasutan yang
disebarkan. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment