LAGU NEGARAKU PULA MANGSA PENGHINAAN
KUALA LUMPUR:
Bukit Aman mengesan tindakan melampau pemilik akaun Facebook dikenali sebagai
Mohd Farizal dipercayai menyiarkan kata-kata penghinaan terhadap lagu
kebangsaan negara, Negaraku.
Mohd Farizal
dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu
kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur
hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini.
Mohd Farizal
dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu
kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur
hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini.
Kesan identiti sebenar
BH difahamkan,
pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengesan identiti sebenar
pemilik akaun terbabit.
Tulisan Mohd
Farizal itu disiarkan semalam mendapat maklum balas negatif dan dikecam
pengunjung laman berkenaan.
Cetus kemarahan
Sebelum ini, akhbar pada
Ahad melaporkan, seorang pemegang akaun Facebook, menggunakan nama
‘Programmer Calvin Gani’ yang membuat penghinaan melampau terhadap Nabi
Muhammad SAW.
Kelmarin,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti dan menyerahkan siasatan
terhadap dua individu yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui Facebook.
Dua akaun
Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan
kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi.
No comments:
Post a Comment