KERAJAAN BN TUNAI JANJI TURUNKAN HARGA KERETA
BERPERINGKAT

Timbalan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah
Md Hanipah berkata, Proton telah menyahut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dalam manifesto PRU13 yang lalu.
"Proton
telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta Proton 1.3
sebanyak RM5,000 dan ini membolehkan rakyat Malaysia mampu untuk memiliki
kereta.
"Bila
harga kereta diturunkan, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji
yang dibuat oleh pihak kerajaan pada PRU13 lalu. Janji Perdana Menteri kepada
rakyat Malaysia telah pun ditunaikan," katanya kepada pemberita.
"Proton
dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai
contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta,"
katanya.
Ahmad Bashah
berkata, harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat.
Pada 13 Jun
yang lalu, Proton menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta
keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh
semua rakyat Malaysia. – BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment