KUALA LUMPUR— Kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) untuk menambahbaik wibawa perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana
Menteri menegaskan, janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu,
ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melempar
pelbagai persepsi liar.
Beliau
menarik perhatian hakikat SPR bukanlah sebuah agensi atau jabatan kerajaan,
sebaliknya sebuah mekanisme yang ditubuh berasaskan peruntukan undang-undang
tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan anggotanya mendapat
perlindungan jawatan yang sama dengan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan.
Najib
berkata, untuk memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan
memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu
jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik
sama ada kerajaan atau pembangkang.
“Dengan
langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat
terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan,” katanya.
Beliau
berkata selesainya proses pilihan raya bermakna penerusan kembali pelayaran
bahtera negara untuk tempoh lima tahun akan datang menuju matlamat wawasan
kebangsaaan.
“Dalam
tempoh itu kita akan menamatkan Rancangan Malaysia (RMK) ke-10 dan memulakan
RMK ke-11, rancangan pembangunan lima tahun terakhir sebelum tercapainya
Wawasan 2020 yang akan menyaksikan Malaysia, dengan izin Allah SWT, menyertai
kelab negara berpendapatan tinggi dunia,” katanya. — Bernama/The Malaysian
Insider
No comments:
Post a Comment