KUALA LUMPUR -
Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan
Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial itu.
Mereka
dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan malam tadi sewaktu
Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan
rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia
(RTM).
Dalam titah
ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan
Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.
Titah Seri
Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan
oleh laman blog ‘Whats Up Brades’.
Blog itu turut
menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman
sosial terbabit.
No comments:
Post a Comment