ROS MINTA DAP KEMUKA BUKTI BERLAKU SILAP KIRA UNDI
SEMASA PEMILIHAN PARTI (CEC)
KUALA LUMPUR:
Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meminta DAP mengemukakan keterangan dan
bukti mengenai silap kira undi yang didakwa berlaku semasa pemilihan
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, Disember lalu.
Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, ia adalah untuk mengenal pasti sama ada
silap kira undi tersebut berlaku atas sebab 'computer glitch' atau satu
penyelewengan.
"Pihak
ROS sedang menjalankan siasatan dan salah satu isu utama yang masih disiasat
ialah mengenai undi yang diperoleh calon yang bertanding," katanya
menerusi satu kenyataan, Isnin.
DAP sebelum
ini dilaporkan mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan CEC
parti itu pada Disember lepas dan ia dikaitkan dengan kesilapan teknikal.
Abdul Rahman
dalam pada itu berkata, ROS perlu membuat kenyataan untuk pengetahuan umum
tentang kemajuan proses siasatan ROS terhadap parti itu untuk mengelakkan
manipulasi fakta seperti kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 yang jelas
telah dimanipulasi.
"Perbuatan
ini adalah sesuatu yang tidak beretika."
"ROS
perlu menjalankan siasatan dengan lebih berhati-hati supaya tidak berlaku
sebarang manipulasi fakta," katanya.
Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng pada 18 April lalu mendakwa menerima surat daripada ROS
bertarikh 17 April yang menyatakan ROS tidak berkuasa mengeluarkan surat
watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu
roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya,
ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada
pemegang-pemegang jawatan CEC DAP.
Abdul Rahman
juga berkata, semua anggota parti yang ditemu bual dalam proses siasatan meminta
DAP mengadakan semula pemilihan CEC.Beliau juga menjelaskan ROS tidak mempunyai
niat untuk membatalkan pandaftaran DAP. – BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment