KERAJAAN KEDAH, P.PINANG HARUS BERUNDING ISU CAJ AIR
MENTAH - MUKHRIZ
KUALA LUMPUR:
Kerajaan negeri Kedah bercadang mengadakan rundingan dengan Pulau Pinang
berhubung cadangan untuk mengenakan caj bagi air mentah, kata Menteri Besar
Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Mukhriz
berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah cuba membincangkan isu ini, tetapi
beliau percaya ia hanya di peringkat exco dan bukan di antara Ketua Menteri dan
Menteri Besar.
Beliau
menambah adalah adil bagi kedua-dua kerajaan negeri untuk mencapai persetujuan
mengenai perkara itu.
"Kita
akan berunding dengan mereka dan lihat jika kita boleh mencari penyelesaian
kepada masalah ini," katanya.
Pada Ahad,
dilaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan cadangan
negeri Kedah untuk mengenakan caj kepada Pulau Pinang untuk air mentah adalah
"tidak masuk akal" dan sama dengan "meminta wang tanpa
sebab" kerana Pulau Pinang mengambil air dari bahagiannya di Sungai Muda
dan Kedah tidak mengeluarkan sebarang kos.
Sebagai tindak
balas, Mukhriz berkata bekalan air telah disediakan di sebelah Pulau Pinang,
tetapi kawasan tadahan air atau sumbernya berpangkalan di Kedah.
"Saya
masih ingat ada kemarau sekali, dan Pulau Pinang telah menulis kepada Kedah
meminta kita untuk melepaskan air dari empangan kami ke Sungai Muda untuk
meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan.
No comments:
Post a Comment