RAMPASAN
KUASA DI MESIR TINDAKAN LAPUK
KUALA LUMPUR - Rampasan kuasa di Mesir, yang menyaksikan Presiden Mohamed Morsi diguling, adalah satu tindakan lapuk dan terkebelakang dalam landskap politik dunia hari ini, kata Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahman.
Mohamad Raimi dalam satu kenyataan hari
ini berkata tindakan itu tidak menjamin kestabilan Mesir untuk tempoh jangka
panjang.
"Morsi seharusnya diberi peluang untuk
memimpin Mesir dalam tempoh sekurang-kurangnya satu penggal sehingga pilihan
raya akan datang bagi menstabilkan kerajaan pimpinannya.
"Rampasan kuasa ini secara langsung
menafikan keinginan rakyat Mesir untuk menentukan masa depan mereka sendiri sebagaimana
yang dilaungkan sejak 2011 dan kemudian diterjemah melalui proses pilihan
raya," katanya.
ABIM turut meminta pelajar Malaysia di
Mesir agar sentiasa berwaspada serta peka terhadap perkembangan semasa.
No comments:
Post a Comment