HARGA
SILING AYAM DIUMUM 1 OGOS
ALOR SETAR - Orang ramai tidak perlu panik dengan situasi sekarang, di
mana harga ayam melambung tinggi sehingga mencecah RM9.00 sekilogram, berikutan
harga siling bagi ayam belum ditetapkan.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (PPDNKK)
Kedah, Mohd Sakri Salleh berkata, harga siling bagi ayam akan diumumkan pada
pelancaran skim tawaran harga pada 1 Ogos ini.
“Buat masa ini, harga ayam ditentukan oleh pembekal dan peniaga, selepas
tarikh itu, mereka tidak lagi boleh meletak harga melebihi harga siling.
Peniaga tidak patuh dikenakan tindakan,” katanya.
Menurutnya, sebelum tarikh itu, harga ayam dijual berdasarkan kepada
harga pasaran dan peniaga bebas meletakkan harga bersesuaian mengikut
permintaan dan penawaran ayam.
“Pengguna jangan keliru, harga siling untuk ayam hanya dibuat ketika
musim perayaan. Ia berbeza dengan harga siling barangan kawalan seperti minyak
masak, tepung dan gula,” katanya.
Mohd Sakri berkata, penguatkuasaan tetap berjalan namun fokus diberi kepada
tanda harga dan harga mengelirukan di semua pasar seluruh Kedah.
“Sejak 6 Julai lalu, sembilan peniaga barangan basah dikenakan kompaun
kerana gagal pamer tanda harga dan meletakkan tanda harga mengelirukan,”
katanya.
Mohd Sakri berkata, pihaknya turut pantau tanda harga di setiap bazar
Ramadan di negeri ini dan nasihat awal diberikan sebelum mengenakan kompaun.–
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment