SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
perbuatan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda umat Islam dan bulan
Ramadan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Menyifatkan pasangan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Dr Mahathir
berkata provokasi bersabit agama sehingga mengguris sensitiviti rakyat pelbagai
kaum, khususnya umat Islam tidak seharusnya dibuat kerana ia dikhuatiri boleh
menjurus kepada rusuhan dalam kalangan rakyat.
"Kata benda-benda yang menyakitkan hati orang mungkin orang akan
balas...nanti jadi bermusuhlah. Ini orang yang tak ada akal, bodoh yang tidak
boleh diajar," katanya.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa
bersama warga Proton di Shah Alam malam tadi dan berpendapat hukuman keras
harus ke dikenakan terhadap pasangan itu, sebagai pengajaran.
"Jika tidak boleh dibuang negeri, mungkin tindakan lain boleh
dikenakan. Tetapi saya ingat undang-undang tidak benarkan kita lucut
kewarganegaraan," katanya ketika ditanya mengenai cadangan supaya pasangan
itu dilucut kewarganegaraan.
Pasangan itu sebelum ini dikecam ramai setelah memuat naik gambar mereka
menikmati bak kut teh (sup tulang babi) berserta kapsyen yang menyentuh
sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook. – Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment