KRISIS BEKALAN DIESEL: SINDIKET
BELI MINYAK DIESEL BERULANG KALI
HULU KELANG - Terdapat sindiket
atau pihak yang sama membeli diesel secara berulang kali di stesen minyak
sekitar Lembah Klang.
Pekerja Stesen Minyak Petronas Ulu Kelang 2 yang dikenali sebagai Kamalia
berkata, ada sebuah syarikat yang sama mengisi minyak berulang kali dengan
nombor pendaftaran lori yang berbeza-beza sebelum ini.
Menurutnya, pada mulanya, pihaknya tidak sedar dengan aktiviti tersebut
sehinggalah menyedari terdapat lori dari syarikat sama mengisi minyak diesel
sehingga tiga kali sehari.
“Sejak itu, syarikat saya hanya membenarkan syarikat tersebut mengisi
minyak diesel sebanyak sekali sehari,” katanya.
Kamalia berkata, pihaknya juga pernah mengekori lori syarikat terbabit
dan mendapati mereka akan mengisi minyak diesel di stesen minyak yang lain
pula.
Berhubung kekurangan bekalan minyak diesel sekarang, syarikatnya hanya
membenarkan pelanggan mengisi minyak dengan pembelian sebanyak RM50 sahaja
kecuali di atas sebab-sebab tertentu.
Katanya, syarikatnya juga seperti stesen minyak yang lain turut
kehabisan bekalan minyak pada tiga hari yang lalu tetapi telah pulih mendapat
bekalan namun terpaksa mengawal penjualannya.–Sinar Harian
No comments:
Post a Comment